Powered by Blogger.
RSS

Karangan 3: Bapa Saya

Bapa saya
            Saya mempunyai seorang bapa kesayangan. Nama bapa saya Lee Ming Tat. Dia berumur 40 tahun. Dia sangat tinggi dan berbadan tegap. Bapa saya merupakan seorang yang rajin dan baik hati.
            Bapa saya seorang pekebun. Tiap-tiap pagi, bapa akan pergi ke kebun untuk bekerja. Kerjanya termasuklah membajak tanah, menanam biji benih sayur, menyiram sayur dan memotong sayur yang sudah masak. Lepas itu, bapa saya akan menghantar sayur yang sudah dipotong itu ke pasar untuk dijual bagi mendapatkan duit. Bapa rajin bekerja untuk menyara hidup kami sekeluarga.
            Pada masa lapang, bapa suka membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini. Dia juga suka berbual-bual dengan kawan-kawannya di kedai kopi. Bapa saya merupakan seorang yang peramah. Oleh itu, dia dapat bergaul mesra dengan kawan-kawannya.
            Bapa saya suka makan nasi lemak. Dia juga pandai memasak. Kadang-kala, dia memasak nasi lemak kepada kami.
            Saya berjanji akan membalas jasa bapa saya apabila dewasa dan menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment