Powered by Blogger.
RSS

Karangan 8: Keburukan Pusat Permainan Video

Keburukan Pusat Permainan Video
            Pusat permainan video ialah tempat yang menempatkan pelbagai jenis permainan video.  Pusat permainan ini kebanyakannya terdapat di kompleks membeli-belah.
            Dewasa ini, ramai murid sekolah yang selalu pergi ke pusat permainan video setelah selesai waktu persekolahan.  Terdapat juga antara mereka yang sanggup ponteng sekolah hanya untuk bermain permainan video ini.  Akibatnya, pelajaran mereka akan terjejas.  Mereka juga akan berasa mengantuk dan hilang minat terhadap pelajaran.
            Oleh hal yang demikian, kita haruslah menghapuskan tabiat suka ke pusat permainan video.  Masa lapang murid-murid sewajarnya dimanfaatkan dengan aktiviti lain yang lebih berfaedah.  Penyertaan aktiviti kokurikulum adalah salah satu cara yang paling selamat dan bermanfaat.
            Daripada membuang masa di pusat permainan video, adalah lebih elok jika kita menghabiskan masa kita di perpustakaan, di pusat tuisyen ataupun hanya duduk di rumah sambil mengulang kaji.  Dengan cara ini, pengetahuan kita akan bertambah berbanding dengan menghabiskan masa di pusat permainan video.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Karangan 7: Satu Kebakaran

Satu Kebakaran
            Pada suata malam yang sunyi sepi, sebuah rumah yang berhampiran dengan rumah saya telah dijilat api.  Api naik menjulang dan asap hitam berkepul-kepul naik ke udara.  Suasana di tempat kejadian riuh-rendah dan kelam-kabut.
            Orang ramai menyimbah air untuk memadamkan api.  Jiran-jiran yang berhampiran pula sibuk memindahkan barang-barang yang mustahak ke tempat yang lebih selamat. 
            Tidak berapa lama kemudian, sebuah kereta bomba pun tiba.  Ahli-ahli bomba sibuk memadamkan api.  Mereka memancutkan air ke rumah yang terbakar itu.  Selepas setengah jam, ahli-ahli bomba berjaya memadamkan api itu.
            Rumah yang terbakar itu musnah dijilat api.  Walau bagaimanapun, bersyukurlah kerana tidak ada nyawa yang terkorban.  Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada bunga api.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Karangan 6: Satu Pengajaran

Satu Pengajaran
            Saya dan Hashim bersiar-siar di kampung kami.  Kami terlihat beberapa butir mempelam di atas pokok.  Kami ingin mengambil mempelam itu tetapi pokoknya terlalu tinggi.
            Hashim pun mengambil sepuntung kayu lalu dilemparkan ke arah mempelam itu.  Bagaimanapun, Hashim terlempar sarang tebuan yang ada di atas pokok itu.  Tiba-tiba, ribuan tebuan keluar dari sarangnya.
            Tebuan-tebuan itu menyerang kami.  Kami lari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri.  Kami tidak terlepas daripada sengatan tebuan-tebuan itu.
            Untuk mengelakkan daripada terus disengat, kami terjun ke dalam sungai yang berhampiran.  Kami mendiamkan diri selama beberapa minit di celah-celah semak di sungai itu sehinggalah tebuan itu terbang ke arah lain.
            Setelah keadaan kembali tenang, saya pun naik ke tebing.  Saya menolong Hashim naik ke tebing kerana dia kelihatan sungguh teruk.
            “Aduh…, sakitnya!”  Hashim merintih kesakitan.  Mukanya bengkak-bengkil.  Badan saya juga bengkak-bengkil dan sakit.  Kesakitan yang kami tanggung amatlah menyeksakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Karangan 5: Temasya Sukan Tahunan

Temasya Sukan Tahunan

            Pada hari Jumaat yang lalu, SJK (C) Yong Peng 2 telah mengadakan temasya Sukan Tahunan yang ke-45.
            Temasya Sukan kali ini diadakan di padang sekolah. Upacara perarakan dan perbarisan diadakan pada pukul 8:00 pagi. Pengerusi Encik Ong Jing Hong telah merasmikan temasya sukan kali ini.
            Lebih kurang pukul 9:00 pagi, selepas upacara perasmian, beberapa pertunjukan tarian dan nyanyian telah dipersembahkan. Pertunjukan tersebut sungguh menarik hati para tetamu.
Acara-acara sukan dimulakan pada pukul 9:30 pagi. Acara-acara yang dipertandingkan termasuklah larian, lompat jauh, lompat tinggi dan lain-lain.
            Semasa pertandingan dijalankan, para penonton bersorak sambil bertepuk tangan. Suasana di padang sungguh meriah.
            Dalam acara olahraga tahun ini, beberapa rekod yang baru telah dicipta seperti dalam acara 100 meter dan lari berganti-ganti.
            Temasya sukan ini tamat pada pukul 12:00 tengah hari. Johan keseluruhan pada tahun ini dimenangi oleh Rumah Biru. Ng Kok Hao dan Pang Yu Xuan telah memenangi hadiah olahragawan dan olahragawati pada tahun ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Karangan 4: Jiran Saya

Jiran Saya

            Setiap orang mempunyai jiran. Begitu juga dengan saya. Jiran saya bernama Lin Jia Hui.
            Jia Hui berumur 10 tahun. Jia Hui sekeluarga tinggal di Taman Kota, Yong Peng. Dia mempunyai dua orang adik. Dia anak sulung dalam keluarganya.
            Bapa Jia Hui bekerja sebagai seorang doktor. Setiap hari, bapa  Jia Hui memandu kereta ke hospital untuk bekerja. Ibu Jia Hui pula seorang suri rumah tangga. Dia sibuk membuat kerja rumah.
            Pada waktu rehat, saya dan Jia Hui bersama-sama pergi ke kantin untuk makan. Kami juga suka meminjam buku cerita dari perpustakaan.
            Pada masa lapang, Jia Hui suka membaca buku cerita dan bermain badminton. Kami selalu bermain badminton di taman. Jia Hui bercita-cita untuk menjadi seorang guru.
            Saya berasa gembira kerana mempunyai seorang jiran seperti Jia Hui. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selama-lamanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Karangan 3: Bapa Saya

Bapa saya
            Saya mempunyai seorang bapa kesayangan. Nama bapa saya Lee Ming Tat. Dia berumur 40 tahun. Dia sangat tinggi dan berbadan tegap. Bapa saya merupakan seorang yang rajin dan baik hati.
            Bapa saya seorang pekebun. Tiap-tiap pagi, bapa akan pergi ke kebun untuk bekerja. Kerjanya termasuklah membajak tanah, menanam biji benih sayur, menyiram sayur dan memotong sayur yang sudah masak. Lepas itu, bapa saya akan menghantar sayur yang sudah dipotong itu ke pasar untuk dijual bagi mendapatkan duit. Bapa rajin bekerja untuk menyara hidup kami sekeluarga.
            Pada masa lapang, bapa suka membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini. Dia juga suka berbual-bual dengan kawan-kawannya di kedai kopi. Bapa saya merupakan seorang yang peramah. Oleh itu, dia dapat bergaul mesra dengan kawan-kawannya.
            Bapa saya suka makan nasi lemak. Dia juga pandai memasak. Kadang-kala, dia memasak nasi lemak kepada kami.
            Saya berjanji akan membalas jasa bapa saya apabila dewasa dan menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Karangan 2: Sukan yang Saya Minati

Sukan yang Saya Minati

            Pada zaman sekarang, dipercayai bahawa ramai orang mempunyai sukan yang diminati. Begitu juga dengan saya. Sukan yang saya minati ialah bermain badminton.
            Sejak kecil lagi, saya selalu mengikut abang saya pergi ke gelanggang badminton yang berhampiran dengan rumah saya untuk bermain badminton. Saya telah diajar dengan baik oleh abang saya. Lama-kelamaan, saya telah gemar sukan itu.
            Di sekolah, saya telah menjadi wakil pasukan badminton bagi sekolah dalam pertandingan ke peringkat negeri. Saya telah mendapat tempat pertama dalam acara itu.
            Pada masa lapang, saya suka bermain badminton dengan kawan-kawan saya. Kadang-kala, kami bermain secara perseorangan atau beregu.
            Bermain badminton dapat menjadikan otak saya cerdas dan mempunyai badan yang sihat. Selain itu, saya juga boleh berkenalan dengan ramai kawan yang baru.
            Saya berharap semua orang dapat memilih satu sukan yang berfaedah sempena slogan “Satu Murid Satu Sukan Satu Malaysia”.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Karangan 1: Keluarga Saya

Keluarga saya

Keluarga saya tinggal di Taman Kota, Yong Peng. Rumah saya sebuah rumah teres. Keluarga saya mempunyai lima orang iaitu bapa, ibu, seorang kakak , seorang abang dan saya. Saya merupakan anak bongsu dalam keluarga saya.
            Bapa saya seorang pekebun. Dia mempunyai sebidang kebun. Setiap hari , dia berbasikal ke kebun untuk bekerja. Dia rajin bekerja untuk menyara hidup kami sekeluarga. Bapa saya seorang yang bertanggungjawab dan baik hati.
            Ibu saya  seorang suri rumah tangga. Dia berumur 38 tahun. Awal-awal pagi, ibu saya telah bangun. Dia akan menyediakan sarapan untuk kami sekeluarga. Selain itu, ibu saya rajin membuat kerja rumah. Ibu saya seorang yang rajin dan penyayang.
            Adik-beradik saya belajar di SJK(C) Yong Peng 2. Kami berbasikal ke sekolah setiap hari. Kami rajin belajar. Setiap petang , kami suka berbasikal di taman bunga bersama kawan baik kami.
            Saya berasa bertuah kerana saya mempunyai keluarga yang begitu baik dan bahagia. Saya akan menyayangi keluarga saya selama-lamanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Articles

“A”, “an” and “the” are articles.
“A” and “an” are used before a singular noun.
e.g.      a boy, a school, a tiger, a computer
            an egg, an eagle, an ostrich, an aeroplane
Note that:
We use “an” instead of “a” for nouns that begin with vowels (“a”, “e”, “i”, “o” and “u”)


We use “the” when:
a)   we speak of the same thing again;
e.g.      I have a dress.  The dress is red in colour.
            She eats an apple.  The apple is juicy.
       b)   there is only one such thing.
e.g.      The sky is beautiful.
            The moon shines at night.



 
 
Exercise :
Fill in the blanks with “a”, “an” or “the”.
  1. My sister is carrying __________ umbrella.
  2. Mr Wong is __________ good teacher.
  3. I bought  __________ orange. ____________ orange was sweet.
  4. That is ___________ oval mirror. __________ mirror is on that wall.
  5. __________ moon is shining brightly tonight.
  6. This is __________ Malaysian flag. ____________ flag is beautiful.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Countable Nouns and Uncountable Nouns



Countable nouns are nouns that can be counted.
e.g.      a boy two boys                   a cat  ten cats

The plural form of countable nouns are formed:
a)      By adding “-s” to the singular nouns;
e.g.      bird birds                            table tables
b)     By adding “es” to nouns ending in “-s”, “-sh”, “-ch”, “-x” and “-o”;
e.g.      class  classes                      box boxes
            brush brushes                     mango mangoes
            watch watches
c)      By changing “y” to “ies”
e.g.      fly flies                                lorry lorries
d)      Some nouns have irregular forms.
e.g.      woman women                  mouse mice
            tooth teeth                         child children



Uncountable nouns are nouns that cannot be counted.
e.g. water, salt, ink, food












Exercise :
Underline the correct answers.
1.            The ( child, children ) are having their lunch
2.            The girl broke a few ( glass, glasses ) yesterday.
3.            My friend has two ( puppys, puppies ).
4.            Kelly adds some ( sugar , sugars ) to her ( coffee , coffees ).
5.            Those ( man, men ) talking to my father are his workers.
6.            I had a bowl of ( rice, rices ) for lunch.
7.            The ( mice, mouses ) ate up many ( bag, bags ) of rice.
8.            There are (flies, fly ) on that dirty plate.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Common Noun & Proper Noun

A common noun is the name of a person, place, thing or an animal.
e.g.
Person
teacher, girl, mother
Place
market, temple, toilet
Thing
spoon, telephone, ruler
Animal
crocodile, rabbit, bird


A proper noun is the special name given to a person, place, thing or an animal.
e.g.
Person
Siew Lai, Samad, Mr Chandarn
Place
Mount Kinabalu, Putrajaya, Jalan Lok Yuk
Thing
Honda , Panasonic, Nike
Animal
Sang Kancil, Mickey, Mouse, Car





 
Exercise 1:
Underline the common nouns.
1.      He is a doctor in that hospital.
2.      The monkey has a long tail.
3.      My sister likes to play badminton.
4.      She is washing the cups and plates.
5.      I have a few rabbits in my house.
6.      The hunter caught a tiger in that jungle.
7.      My grandmother is resting in the room.
8.      We bought some oranges and mangoes at the market.



 
Exercise 2:
Circle the proper nouns.
1.      My birthday is in November.
2.      Rejang river is in Sarawak.
3.      My school is on Jalan Pasir Mas.
4.      Gilbert is playing with his pet dog, Rex.
5.      Simon went to Singapore yesterday.
6.      We are going to visit KL Tower this Saturday.
7.      They watched the movie “King Kong” with Uncle Pang.
8.      Our teacher, Mr James Low lives on Jalan Penampang.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Bilangan

Kata bilangan ialah kata yang menyatakan bilangan atau urutan.  Terdapat enam jenis kata bilangan, iaitu:
A) Kata Bilangan Tentu                       D) Kata Bilangan Pisahan
B) Kata Bilangan Tak Tentu                E) Kata Bilangan Pecahan
C) Kata Bilangan Himpunan               F) Kata Bilangan Tingkat

A)     Kata Bilangan Tentu
Kata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan bilangan yang tentu seperti satu, seratus, seribu dan dua juta.

B)     Kata Bilangan Tak Tentu
Kata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu seperti beberapa, sebahagian, semua, seluruh, segala, segelintir, segenap, sebilangan, sekalian, para dan berbagai-bagai.

C)     Kata Bilangan Himpunan
Kata bilangan himpunan digunakan untuk menyatakan sesuatu secara himpunan.  Kata bilangan tersebut adalah seperti berpuluh-puluh, beratus-ratus dan ketiga-tiga.

D)     Kata Bilangan Pisahan
Kata bilangan pisahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara satu per satu atau berasingan.  Hanya ada dua kata bilangan pisahan, iaitu masing-masing dan setiap / tiap-tiap.

E)      Kata Bilangan Pecahan
Kata bilangan pecahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu yang berupa pecahan seperti dua per tiga, seperempat dan setengah.

F)      Kata Bilangan Tingkat
Kata bilangan tingkat ialah kata yang menyatakan urutan atau giliran seperti pertama, kedua, kesepuluh dan keseratus.











Latihan :
Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.

berbulan-bulan
lima
ketiga-tiga
masing-masing
seluruh
berguni-guni
semua
tiap-tiap
sesetengah
sedikit


  1.  ______________ orang anak Encik Kamal telah melanjutkan pelajaran ke universiti.

  1. _______________ murid mesti mematuhi peraturan sekolah.

  1. Upacara perasmian Sukan Olimpik telah disiarkan ke ______________dunia melalui televisyen.

  1. Apabila loceng berbunyi, murid-murid beratur lalu memasuki kelas _____________.

  1. Harga selipar ini _____________ ringgit sahaja.

  1. Ibu membubuh _______________ garam ke dalam masakan untuk menyedapkan rasasnya.

  1. Dermawan itu telah membawa ________________ beras ke Rumah Warga Emas Seri Kenangan.

  1. ________________ penduduk bandar suka tinggal di rumah pangsa.

  1. Saya bangun pada pukul 6.00 pagi _________________ hari.

  1. Mangsa kemalangan jalan raya itu terlantar di hospital ______________ lamanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS